Ramai yang memimpikan untuk diangkat sebagai para syuhadah. Lantas Allah mengkategorikan beberapa kumpulan manusia dengan izin-Nya untuk mati syahid sekalipun bukan di medan peperangan. Salah satu daripada golongan itu ialah mereka yang mati ketika tidur. Hal ini jelas sebagaimana yang dinyatakan dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "
Barang siapa yang berdoa kepada Allah s.w.t dengan benar untk mendapatkan mati syahid, maka Allah akan menyampaikannya kedudukan para syuhadah walaupun dia mati di atas tempat tidur."- Hadis Riwayat Muslim
Hal ini mengingatkan kita tentang kisah sahabat Rsulullah s.a.w. yang cukup gagah berani, yang akhirnya tidak mati di medan peperangan, sebaliknya mati di atas tempat tidur. Sahabat tersebut ialah Saidina Khalid al-Walid.
Hakikatnya mati syahid bukan hanya untuk meraka yang ikut serta dalam peperangan sebaliknya, mereka yang membantu orang yang berjihad di jalan Allah juga dikategorikan sebagai orang yang mendapat pahala berjihad. Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barang siapa yang membantu seorang yang berperang di jalan Allah maka sungguh dia telah ikut berperang.." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Justeru ambillah kesempatan yang ada untuk membantu setakat yang termampu dengan niat mendapatkan keredhaan Allah.