Wednesday, 29 June 2011

Bagaimana membina keluarga bahagia

INSTITUSI kekeluargaan menjadikan kehidupan manusia sentiasa berjemaah. Ketua keluarga bukan saja memimpin ahli keluarga, tetapi juga mengamalkan unsur syura dalam semua perkara membabitkan ahli keluarga. Dalam kehidupan berjemaah, suami, isteri dan anak akan solat bersama, makan, membeli-belah, beriadah dan melakukan aktiviti kekeluargaan tanpa mengetepikan ahli keluarga yang lain.
Rumah ibarat syurga yang menyempurnakan kehidupan manusia, segala-galanya ada di dalamnya, penghuninya berasa selamat dilindungi, apatah lagi dipimpin oleh ketua keluarga bertanggungjawab serta sarat kasih sayang.

Salam dari Allah buat Saidatina Khadijah

Sejarah ada mencatat bahawa di saat-saat akhir sampai masa Saidatina Khadijah, isteri pertama Rasulullah s.a.w mengadap Allah, tiada lain yang diungkapkan oleh  Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi, "Wahai rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini."

Wednesday, 1 June 2011

Mati dalam tidur itu syahid

Ramai yang memimpikan untuk diangkat sebagai para syuhadah. Lantas Allah mengkategorikan beberapa kumpulan manusia dengan izin-Nya untuk mati syahid sekalipun bukan di medan peperangan. Salah satu daripada golongan itu ialah mereka yang mati ketika tidur. Hal ini jelas sebagaimana yang dinyatakan dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Barang siapa yang berdoa kepada Allah s.w.t dengan benar untk mendapatkan mati syahid, maka Allah akan menyampaikannya kedudukan para syuhadah walaupun dia mati di atas tempat tidur."- Hadis Riwayat Muslim

Hal ini mengingatkan kita tentang kisah sahabat Rsulullah s.a.w. yang cukup gagah berani, yang akhirnya tidak mati di medan peperangan, sebaliknya mati di atas tempat tidur. Sahabat tersebut ialah Saidina Khalid al-Walid.

Hakikatnya mati syahid bukan hanya untuk meraka yang ikut serta dalam peperangan sebaliknya, mereka yang membantu orang yang berjihad di jalan Allah juga dikategorikan sebagai orang yang mendapat pahala berjihad. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barang siapa yang membantu seorang yang berperang di jalan Allah maka sungguh dia telah ikut berperang.." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Justeru ambillah kesempatan yang ada untuk membantu setakat yang termampu dengan niat mendapatkan keredhaan Allah.